SHAH ALAM: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa beliau mampu menarik lebih ramai peserta hadir ke Himpunan RUU355, jika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS.
Beliau berkata demikian selepas ditanya jumlah kehadiran puluhan ribu
ahli PAS ke himpunan di Padang Merbok bagi mendesak pindaan Akta 355
diluluskan di Parlimen, Sabtu lalu.
"Kalau saya jadi Ketua Pemuda PAS, saya boleh bawa lebih daripada itu, kerana saya pernah berada di situ.
"Kalau ikut statistik pada hari terakhir saya meninggalkan pejabat
Agung PAS, keahlian hampir sejuta ahli PAS. Itu tidak kita buat
pembersihan. Kita ambil sejuta ahli dan yang hadir di Padang Merbok
20,000 orang (sahaja)," ujar Salahuddin dipetik wawancaranya bersama
akhbar Sinar Harian.
Himpunan RUU355 yang berlangsung 18 Februari lalu menyaksikan lautan manusia hadir melimpahi Padang Merbok.
Ia diadakan untuk mendesak kerajaan pemerintah menjayakan pindaan Rang
Undang-undang bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, selepas
32 tahun tidak berbuat demikian.
Salahuddin berkata, meskipun PAS berjaya memobilisasikan puluhan ribu
ahlinya ke himpunan itu, ia tidak menjamin kemenangan parti itu pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"PAS kuat, boleh himpunkan banyak orang tapi pilihan raya tak menang.
"Misalnya, Projek Udang Kerpan. Waktu itu Mohamad Sabu, Timbalan Ketua
Pemuda PAS. Saya Exco Pemuda PAS. Kereta terakhir meninggalkan tempat
ceramah sebelum azan Subuh, punyalah ramai orang, hampir 50,000. Jalan
kampung sesak. Pilihan raya selepas itu, PAS (hanya) menang dua kerusi.
"Di Terengganu, kuliah pagi (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang), berapa
batu (jumlah orang). Saya pun pergi dari Johor dahulu. Tok guru Nik
Abdul Aziz (Nik Mat) bila kuliah pagi di Pulau melaka, sesak 9ramai
orang). Bila pilihan raya, (menang) empat kerusi (sahaj) di terengganu,
lima kerusi (sahaja) di Kelantan," ujar Salahuddin.
Amanah sebelum ini berkali-kali menyatakan kesediaannya untuk
menggantikan peranan yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Harapan (PH),
selepas parti itu memutuskan untuk tidak lagi bertahaluf siyasi dengan
DAP dan menolak apa-apa hubungan dengan parti pimpinan Mohamad Sabu itu.
Amanah bagaimanapun masih belum membuktikan kemampuannya walaupun sudah berusia setahun dua bulan.
Pun begitu Salahuddin memberitahu jumlah keahlian dalam Amanah kini
mencecah 80,000 orang, mendaftar
160 kawan Parlimen dan 500 cawangan baru mengikut peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
160 kawan Parlimen dan 500 cawangan baru mengikut peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
No comments:
Post a Comment