Jurufoto
BERNAMA, Mohd Zulfadhli Zulkarnain yang bertugas shif malam menyalakan
lingkaran ubat nyamuk bagi menghindar nyamuk ketika membuat liputan kes
pembunuhan Kim Jong-Nam di Istitut Perubatan Forensik Negara, Hospital
Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
KUALA LUMPUR – Masuk hari ke-11 mayat Kim Jong-nam, abang
pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un yang masih belum dituntut
berada di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala
Lumpur menyebabkan petugas media dalam dan luar negara masih berkampung
di sini.
Petugas media yang ditemui ada antara mereka tidak mandi dan terpaksa
berkorban masa mereka dengan tidur di tepi jalan hadapan IPFN dari
siang hingga malam, ada yang bersilih tukar ganti dan ada yang kekal
bertugas.
Juruvideo sambilan, Mohd Khushrin Lani yang menyumbang rakaman untuk
agensi antarabangsa Reuters berkongsi pengalaman keletihan dan tidur
tepi jalan atas beg tidur yang dibawanya sejak sembilan hari bertugas di
IPFN.
“Ini masuk hari ke sembilan saya membuat liputan kes pembunuhan Jong
Nam, mula-mula saya ingat malam pertama dan kedua boleh bertahan lagi
tetapi nampaknya ia benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.
“Saya terpaksa tidur tepi jalan depan ini dan ada masanya tidak
sempat mandi kerana perlu berjaga sentiasa disebabkan tidak boleh
terlepas rakaman penting untuk agensi saya,” kata Khushrin kepada
MalaysiaGazette yang ditemui di HKL.
Jurukamera
Reuters, Mohd Khusrin Lani yang bertugas shif iputan kes pembunuhan Kim
Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSBagaimanapun, Khushrin yang berpengalaman selamat empat tahun sebagai
juruvideo mengganggap tanggungjawab yang diberi perlu diteruskan
walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.
“Memang lah penat, cuma dah nama tanggungjawab kita kena teruskan jugalah,” kata beliau.
Sementara itu, seorang lagi petugas media, wartawan meja jenayah,
Mohd Audi Ghazali daripada agensi berita BERNAMA juga berkongsi
pengalaman serupa dengan Khushrin yang terpaksa berdepan cabaran dari
segi mental sepanjang bertugas di HKL masuk hari keenam di sini.
“Saya berjaga masuk hari keenam disini, memang nampak penat lah sebab
kita terpaksa tunggu waris Jong-nam tuntut mayat, kita pun tidak tahu
sampai bila dan kena juga teruskan bertugas sampai waris tuntut,” kata
beliau.
Wartawan
BERNAMA, Mohd Audi Ghazali yang bertugas shif malam bagi kes
pembunuha Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital
Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR
Menurut Audi, wartawan yang bertugas siang dan malam di HKL sudah
mula nampak letih dengan terpaksa tidur tepi jalan, berpanas dan juga
ada yang tidak mandi demi semata-mata tidak mahu terlepas daripada
sebarang berita sepanjang membuat liputan.
“Ia sangat mencabar minda kami, macam-macam kita kena hadapi seperti
kena tidur tepi jalan, berpanas,
tak makan, tak mandi dan macam-macam
lagi tapi nak buat macam mana kita kena hadapi juga,” katanya.
Audi berkata wartawan yang bertugas tidak dapat menduga apa yang akan
berlaku seterusnya, sebagai contoh dimana tiba-tiba Duta Korea Utara
hadir ke IPFN dan mengadakan sidang media secara spontan.
“Pernah berlaku pada satu hari di mana kita ingat tidak apa-apa yang
berlaku tapi tiba-tiba Duta Korea Utara sampai ke IPFN dan kemudiaan
mengadakan sidang media.
“Semua media bergegas ke lokasi, ada yang juga mereka yang berada di
hotel terpaksa berpatah balik ke HKL selepas mengetahui kedatangan duta
tersebut,” katanya.
Jurufoto
BERNAMA, Mohd Zulfadhli Zulkarnain yang bertugas shif bagi membuat
liputan kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik
Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
Seorang lagi petugas media, Mohd Zulfadli yang bertugas sebagai
jurufoto BERNAMA juga berkongsi pengalaman bagaimana perlu menyesuaikan
diri dengan keadaan tempat tidur yang tidak selesa dan terpaksa
berjaga-jaga dengan keadaan semasa.
“Memang mula-mula agak kekok nak menyesuaikan diri, lama kelamaan
saya dapat sesuaikan diri dapat adjust mana timing dan cara nak tidur.
“Bukan tidur betul-betul pun, sekadar tidur ayam sebab kena standby di lokasi kalau-kalau ada sesiapa datang ke sini,” katanya.
Pintu pagar utama IPFN juga ditutup dan sesekali dibuka untuk
kenderaan tertentu keluar masuk terutama ambulans dan kenderaan jenazah.
Keadaan itu mungkin berlarutan sehingga satu tempoh dan yang pastinya
segala siasatan kes pembunuhan itu selesai atau lebih tepat lagi mayat
mendiang dituntut ahli keluarga.
Bagi mengelak digigit nyamuk, kumpulan media yang bertugas akan
menyalakan lingkaran ubat nyamuk. Mereka juga membentangkan kotak atau
apa sahaja barangan yang boleh dibuat sebagai pengalas tempat untuk
sesekali melelapkan mata.
Ada yang mengusik keadaan petugas media di HKL umpama gelandangan dan
hakikatnya itu adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi apabila
bergelar media.
Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il didakwa
dibunuh oleh dua orang wanita di bawah arahan ejen Korea Utara.
Jong-nam secara terbuka mengkritik penguasaan dinasti keluarganya di
negara itu.
Polis mendakwa lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di klia2
pada 13 Februari lalu ialah Kim Jong-Nam. – MalaysiaGazette.
No comments:
Post a Comment