shahbudindotcom
Nampaknya
semakin ramai yang mempertikaikan perlantikan Dr. Madinah Mohamad
sebagai Ketua Audit Negara yang baru bagi menggantikan Ambrin Buang yang
mula berkuatkuasa 23 Februari ini.
Beliau
dipertikaikan bukan saja kerana suaminya, Redzuan Hamid, Ketua UMNO
Bahagian Kepong, pernah menzahirkan kesediaan untuk mati demi Najib
Razak dan kemudian surat Perdana Menteri meminta masalah hutangnya
dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan diselesaikan di luar mahkamah
turut tersebar luas, tetapi juga kerana latar belakang pendidikannya.
Oleh
kerana suaminya yang sedemikian rupa, ramai yang meragui kewibawaan
Dr.Madinah dalam menjalankan tugasnya nanti benar-benar demi kepentingan
negara.
Pihak
yang lain pula menilai Najib mungkin sengaja melantik isteri Redzuan
Hamid itu sebagai Ketua Audit Negara untuk mewujudkan suasana
"menang-menang" kerana budi sokongan suami Dr. Madinah kepadanya selama
tidaklah sia-sia.
Dalam
keadaan ini, sementara Najib sedang terasak dengan pelbagai isu yang
membeliti dirinya, perlantikan Dr. Madinah hanyalah menambahkan lagi
beban yang sedia ada pada dirinya.
Lebih
memburukkan pertikaian orangramai ialah kerana Dr. Madinah juga hanya
berkelulusan sains politik di peringkat ijazah yang diikuti dengan
bidang sumber manusia di peringkat sarjana dan doktor falsasah.
Untuk
menganalisa angka dan fakta berkaitan pengauditan, Ketua Audit Negara,
kalau pun tidak lulusan dalam bidang perakaunan dan audit, ramai yang
merasakan sekurang-kurangnya memadailah jika ada kelayakan dalam bidang
ekonomi atau kewangan.
Dengan
yang demikian, Dr. Madinah beliau bukan saja sudah kurang markah di
mata umum dari segi kewibawaan berikutan kedudukan suaminya, tetapi juga
kerana kelulusan dan kelayakannya.
Hanya
satu cara jika Najib benar-benar ingin memulihkan imej diri dan negara
berkaitan hal ini. Beliau perlu membatalkan dengan segera perlantikan
Dr. Madinah dan menggantikannya dengan tokoh lain yang lebih berwibawa,
berkelayakan dan tidak terkait dengan sebarang unsur untuk mengampu
dirinya.
No comments:
Post a Comment