JOHOR BAHRU
– Dua lelaki bergelar Datuk ditahan selepas didakwa membuat kenyataan
fitnah berkaitan kemalangan yang mengorbankan nyawa lapan remaja
berbasikal, minggu lalu.
Suspek
terlibat ialah berusia 61 tahun merupakan ahli UMNO Bahagian Pagoh,
manakala seorang lagi ialah penulis blog berusia 64 tahun yang pernah
dipecat daripada UMNO.
Ketua
Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek pertama
berusia 61 tahun ditahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor,
kira-kira jam 11 malam tadi, manakala suspek kedua ditahan di Villa
Taman Tasik di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi
tadi.
“Penahanan
adalah susulan laporan polis yang dibuat pada jam 1.02 tengah hari
semalam berhubung kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan
maut membabitkan remaja berbasikal di bandar raya ini, baru-baru ini.
“Kenyataan
itu boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara. Pihak polis
bertindak susulan laporan terbabit. “Kedua-dua lelaki yang ditahan
dipercayai menyebarkan kenyataan terbabit menerusi aplikasi Facebook
(FB),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Susulan penahanan itu, Najmuddin berkata, pihak polis merampas dua telefon bimbit dengan dua kad sim bagi siasatan lanjut.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998, selain Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 500 Kanun
Keseksaan.
No comments:
Post a Comment