DETIK DAILY
Oleh Haris Zalkapli
Parti
Republikan, berdasarkan sejarah lebih menyokong perdagangan bebas
berbanding Demokrat yang lebih mesra buruh. Pendirian Trump menolak
dengan keras TPP boleh dilihat melalui perembangan beberapa tahun
kebelakangan ini, apabila Republikan sendiri semakin menunjukkan sikap
kritikal terhadap rejim perdagangan bebas, sehingga melebihi sikap
kritikal dalam kalangan Demokrat.
Selain gelombang populisme dan
penentangan terhadap Obama, realiti ekonomi dalaman Amerika Syarikat
semakin mendorong sikap kritikal Trump dan Republikan terhadap
perdagangan bebas.
Dalam kempen
pilihan raya presiden sejak musim primary, kedua-dua Trump dan Clinton
menunjukkan sikap kritikl terhadap TPP. Trump malah mengkritik Nafta
dan mempersalahkan Demokrat. Undi yang diperlukan di kawasan Rust Belt
menjelaskan sikap kritikal kedua-dua Trump dan Clinton terhadap
perdagangan bebas ini, yang biasa dilihat pada calon-calon presiden
semasa kempen.
Nafta sebenarnya dirundingkan dan dipersetujui
semasa pentadbiran Bush, dan ditandatangani menjadi undang-undang oleh
Presiden Bill Clinton. TPP disebut sebagai "gold standard" perjanjian
perdagangan bebas oleh Hillary Clinton, yang kemudian menolaknya semasa
kempen. TPP dari sudut geopolitiknya muncul daripada agenda "Pacific
pivot" yang diangkat semasa Clinton menjadi setiausaha negara dalam
pentadbiran Obama.
Clinton dijangka melupakan janji menolak TPP
dan menerimanya sekiranya berjaya menjadi presiden. TPP boleh menjadi
satu legasinya, seperti Nafta kepada Bill Clinton.
Kemenangan
Trump belum lagi membunuh TPP, sekiranya ini yang mahu dilakukan. Jelas
Trump mengambil sikap menolak TPP, dan Obama telah menghentikan usaha
untuk membawanya bagi proses ratifikasi di Kongres. Tetapi, tahun
depan, semua akan menyaksikan adakah retorik akan diterjemahkan kepada
realiti. Peranan presiden sememangnya besar, tapi tidak boleh diabaikan
peranan Kongres dan kepentingan-kepentingan yang akan menjadi kuasa
pendesak
No comments:
Post a Comment