PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR dilihat bercanggah pendapat
apabila diminta untuk memberi reaksi terhadap kekayaan luar biasa yang
dimiliki Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly.
Ada pimpinan PKR bersetuju supaya Adam mengisytihar semua hartanya
sebagaimana saranan Naib Presiden, Rafizi Ramli tetapi ada juga pemimpin
yang tidak setuju.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata gesaan Rafizi itu tidak logik.
“Jawatan Adam hanya sebagai Ketua Pemuda PKR Ampang yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.
“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis.
Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” katanya kepada FMT.
Nada yang sama juga disuarakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
Beliau tidak melihat wujudnya keperluan bagi Adam berbuat demikian kerana bukan penjawat awam.
Bagaimanapun, Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata bersedia
memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menyiasat Adam.
“Adam pun sudah menyatakan pendiriannya. Buat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau nak periksa dengan
saya pun tak apa,” katanya.
Semalam, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar membawa
beberapa wartawan menaiki helikopter untuk menunjukkan banglo mewah
milik Adam di Ampang.
Jamal mendakwa pemuda berusia 28 tahun itu turut memiliki pelbagai
kereta mewah, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
Adam bagaimanapun berkata, memiliki harta kekayaan dan gelaran “Datuk”
pada usia muda bukanlah sesuatu yang aneh dan mencabar Jamal membuat
laporan kepada SPRM.
Pada masa sama, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo
memaklumkan semalam yang beliau sudah membuat laporan kepada SPRM.
No comments:
Post a Comment