PUTRAJAYA: Pengambilan ubat
dengan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) sebelum datang ke klinik
kesihatan dan penghantaran ubat ke rumah pesakit menggunakan khidmat Pos
Laju merupakan langkah yang akan diperkenalkan di klinik kesihatan di
bandar- bandar besar untuk mengatasi kesesakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kaedah berkenaan hanya boleh digunakan oleh pesakit yang mengambil ubat susulan di klinik kesihatan dan tidak perlu berjumpa dengan doktor sahaja.
"Satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar ialah menetapkan temu janji untuk para pesakit berjumpa doktor iaitu sama ada waktu di waktu pagi, tengahari dan petang.
"Ini bertujuan memendekkan waktu menunggu pesakit," katanya kepada pemberita selepas membawa rombongan media dari Putrajaya menyertai sesi lawatan beliau ke Klinik Kesihatan Puchong di sini hari ini.
Kata Dr Subramaniam, selain langkah-langkah berkenaan beberapa klinik desa akan dinaik taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.
Katanya, terdapat 920 klinik kesihatan dan 2,000 klinik desa di seluruh negara.
Mengenai Klinik Kesihatan Puchong, beliau berkata klinik baharu bernilai RM25 juta sedang dibina di sebelah Klinik Kesihatan Puchong sekarang dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Ada pesakit yang terpaksa datang seawal 6 pagi untuk mendapatkan nombor giliran," kata Dr Subramaniam lagi. - Bernama
No comments:
Post a Comment