Saturday, September 3, 2016

Umno Kelantan buat bancian sikap ahli seluruh negeri

mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.


KOTA BHARU – Umno Kelantan mengarahkan semua pusat daerah mengundi (PDM) di negeri ini membuat bancian sikap untuk mengenalpasti jumlah kemasukan ahli baru dalam parti itu, termasuklah mereka yang berhijrah ke parti lain.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini beliau tidak menerima apa-apa laporan mengenai wujudnya ahli Umno yang menyertai Amanah, namun kajian bancian tersebut akan berjalan selama dua minggu.

“Sehingga kini memang kita tidak menerima apa-apa laporan lagi. Namun bancian ini akan berterusan disemua PDM. Bukan susah. Kita Cuma nak tahu berapa ramai Pas dan PKR yang masuk Umno dan berapa ramai Umno yang keluar parti. Kajian ini kita akan dapat dalam masa dua minggu dan keputusannya akan diperoleh nanti.

“Walaupun tiada laporan diterima, namun kita tidak pandang ringan. Kita tidak tidur, tidak alpa dan mesti bersedia dan berjaga-jaga, bagi memastikan kita sentiasa punyai kekuatan untuk tambah penyokong . Jika kita masih sama dengan PRU13, tidak kemanalah,” katanya kepada media disini.

Beliau ditemui selepas membuat pelepasan dan menyertai Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 yang dianjurkan Biro Tatanegara disini. Program yang turut disertai Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha, Pengarah Biro Tata Negara Kelantan, Mohd Fakhrurazi Ab Rahim dan Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan (MBK), Mohd Syahbuddin Hashim itu melibatkan lebih 900 peserta dengan kayuhan sejauh 30 kilometer.


No comments: