MALAYSIAKINI
Cadangan proses persempadanan semula yang dijalankan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) diselar kerana mengutamakan penguasaan kaum
berbanding memastikan percampuran antara kaum yang seimbang.
Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong memberitahu Malaysiakini,
perubahan cadangan kepada kawasan pilihan raya yang sedia ada 'mungkin
akan memudaratkan Gerakan' dan mungkin mengambil tindakan.
"Cadangan ini juga akan menjurus pilihan raya yang memusnahkan saki-baki keharmonian antara etnik yang wujud di Malaysia.
"Persempadanan semula ini sepatutnya melihat komposisi etnik Melayu,
India dan Cina mewakili semua rakyat Malaysia dan bukannya dominasi satu
kaum," kata Yong.
Semenanjung Malaysia kini mempunyai satu keadaan dengan orang Melayu
menguasai parti pemerintah dan golongan minoriti termasuk kaum Cina
telah hampir kesemuanya berpihak kepada pembangkang.
"Ia bukan resipi untuk keharmonian antara etnik," kata Yong.
Tambah beliau, Gerakan sedang mengkaji implikasi persempadanan semula
secara serius dan kemungkinan untuk memfailkan bantahan, jika ada,
dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment