shahbudindotcom
Jika
mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji
permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 hari untuk memberikan cadangan
kepadanya berkaitan perkara itu.
Kata
Zahid, beliau akan bertindak profesional sama ada meluluskan atau
menolak penubuhan BERSATU berdasarkan cadangan yang dikemukakan
kepadanya.
Ini
bermakna, jika 30 hari diambil oleh jawatankuasa itu untuk membuat
penilaian dan seterusnya mengusulkan cadangan kepada menteri, tempoh
seminggu daripada sekarang adalah detik masa yang mendebarkan bagi
mereka yang menunjangi BERSATU.
Dalam
pada itu, pemimpin-pemimpin UMNO jelas berbelah bagi mengenai kewujudan
parti BERSATU ini. Ada yang setuju dan ada juga yang melihatnya bakal
memecahbelahkan rakyat. Yang tidak setuju dengan nama BERSATU pun turut
ada.
Ada
pemimpin yang melarang ahli UMNO mempromosi parti BERSATU, tetapi ada
juga pemimpin yang meminta ahli UMNO yang pro BERSATU agar "berambus"
dengan segera.
Tengku
Razaleigh Hamzah dan Shahrir Samad secara terbuka memberi amaran agar
jangan memandang ringan kerana menyifatkan BERSATU mampu menjadi ancaman
kepada UMNO.
Najib
Razak, sebagaimana yang terpancar melalui beberapa ucapannya sejak
kebelakangan ini terlihat tidak berapa gembira dengan kewujudan
BERSATU.
Walaupun
bercakap setelah memecat dan menyingkir pencabarnya, ungkapan beliau
seperti, "kalau tak setuju dengan saya, bertandinglah melawan saya dalam
UMNO", "kenapa nak tubuh parti baru?" dan "jangan kita sanggup
runtuhkan UMNO" adalah suatu manifestasi kebimbangan yang begitu ketara
terhadap kewujudan BERSATU.
Dalam situasi ini, apakah BERSATU akan diberikan kelulusan dengan semudahnya?
Atau adakah ia akan ditolak kerana ada syarat-syaratnya yang tidak dipatuhi seperti penggunaan nama BERSATU itu sendiri?
No comments:
Post a Comment