Tidak tahu sama ada mahu ketawa lucu atau berasa simpati.
Namun itulah kejadian menimpa beberapa buah kenderaan yang terperangkap ketika cuba membantu sebuah kenderaan lain di suatu kawasan di utara tanah air.
Kejadian malang itu dikatakan berlaku berdekatan Tasik Timah Tasoh, Perlis yang baru-baru ini menjadi viral kerana mengalami kekeringan akibat cuaca panas.
Pada mulanya, hanya sebuah kenderaan pacuan empat roda dikatakan terperangkap akibat tanah lembut di kawasan berkenaan.
Ramai pengguna internet kemudian berkongsi peristiwa itu dan ada antara mereka menjadikan ia sebagai bahan lelucon.
Ekoran itu seorang wanita yang terlibat secara langsung dalam kejadian itu tampil menjelaskan keadaan sebenar di Facebook.
Bagaimanapun mereka gagal berbuat demikian dan berpatah balik untuk mencari bantuan kerana kenderaan itu tidak boleh ditarik.
Namun di pertengahan jalan kereta dinaikinya pula terperangkap.
"Call JPAM mai, lepas tu keta JPAM pun sangkut juga. Lepas JPAM mai, kami cuba keluar cari lori yang berdekatan..lori hantu pun sangkut," ujarnya.
Selepas itu, katanya, pemilik Toyota Hilux berkenaan mendapatkan bantuan sebuah trektor namun malang sekali lagi menimpa apabila kenderaan berat itu juga terperangkap.
"So kepada sesiapa yang tak tau jalan cerita jangan la cakap bukan-bukan. Sebab hari ini bukan hari awak. Apa pun saya maafkan kalian semua..semoga Allah beri hidayah untuk kalian semua," katanya dengan nada kesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan