SEPANG - Kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air meminta pengasasnya, A Ravi menyerahkan pengurusan operasi kepada mereka.
Ini kerana menurut wakil kakitangan Rayani Air, Zulkalnain Azlan, Ravi dan isteri tidak mempunyai banyak pengalaman sebagaimana kakitangan syarikat penerbangan itu.
"Kakitangan Rayani Air masih rela hati mahu teruskan operasi syarikat selepas ini. Rayani Air tidak mempunyai sebarang aset berharga selain daripada kakitangan berpengalaman sahaja. Aset-aset dari segi peralatan pesawat tidak ada.
"Kami berpengalaman dalam bidang ini lebih daripada 20 tahun. Lebih lama daripada Ravi dan isteri," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rayani Air: Beri kami seminggu lagi...]
Zulkalnain dalam pada itu turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan kakitangan untuk meneraju pengurusan operasi syarikat itu.
Katanya lagi, pihaknya juga tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan pelabur yang bersedia melabur di syarikat tersebut.
"Kami tidak kisah jika dia mahu terus berada dalam Rayani tetapi dia perlu menjual pegangan majoriti kepada pelabur bukan separuh. Jika dia mahu menjual syarikat itu, biar kami teruskan operasi tanpa gangguan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment