ARIF ATAN
Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga
Pengerusi BN negeri menyekat kemasukan ramai pemimpin dan aktivis pro
pembangkang, tetapi insiden berupa sabotaj masih berlaku ketika tempoh
berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru melangkah hari ketiga.
Dilaporkan, papan iklan calon Pas, Clement Bayang di Dewan Undangan
Negeri (Dun) N60 Kakus dikoyakkan manakala di N72 Lambir sekali lagi Pas
menjadi mangsa vandalisme apabila sepanduk markas operasi parti itu
dibakar.
Kedua-dua Dun yang masing-masing terletak di Parlimen Selangau dan
Sibuti itu menyaksikan pertempuran antara parti komponen BN dengan Pas
dan PKR.
Mengulas insiden tersebut, Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili
dilaporkan berkata, situasi secara keseluruhannya masih terkawal dengan
menganggap kedua-dua kejadian itu sebagai kes terpencil.
Pada PRN 2011, BN menerusi parti komponennya, Parti Rakyat Sarawak
(PRS) menang tipis di Dun Kakus dengan majoriti hanya 602 undi manakala
di Lambir, BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendapat
1,521 undi.
Dalam hal berkaitan, dua papan iklan kempen komponen BN, Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di N14 Batu Kawah dalam Parlimen Stampin
turut dikoyak manakala satu lagi dibakar cat.
Pada 7 Mei ini, calon Datuk Dr Sim Kui Hian dari SUPP bakal berentap
dengan penyandang, Christina Chew Wang See dari DAP dan calon Bebas, Liu
Thian Leong.
Pada PRN 2011, Christina menang dengan majoriti tipis 543 undi.
No comments:
Post a Comment