KALAU nak kelentong atau nak
bohong pun biarlah kena cara. Nak putar-belit pun macan itu juga. Kena ada
tatacara operasi standard (SOP).
Bila ada SOP, yang bohong tak
nampak berbohong dan yang kena bohong tak tahu dia dibohongi. Baru la hula lala
hula hoop!
Saya tak mahu kata Presiden dan
Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy, bohong tapi dia pandai
tipu-helah, putar-belit dan guna bahasa.
Contohnya, baru-baru ini dia kata, memandangkan
penafian International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengumuman
Pejabat Peguam Negara Switzerland yang bayangkan kemungkinan 1MDB dah jadi
mangsa tipu, ia kena teroka semua jalan yang ada.Arul Kanda tak kata 1MDB kena tipu. Dia rujuk kepada kenyataan IPIC yang dakwa syarikat bernama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) tu bukan anak syarikatnya atau anak syarikat kepada anak syarikatnya, Aabar Investment PJS Limited.
Dalam bahasa yang mudah, IPIC kata Aabar BVI ini adalah syarikat klon yang curi nama syarikat asal iaitu Aabar Investment PJS Limited.
Peguam Negara Switzerland pula kata, ada bukti AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap melalui pemindahan dan pengubahan wang haram. Dalam bahasa yang mudah, duit 1MDB dicuri kemudian diubah jadi sijil pelaburan, unit, derma dan macam-macam supaya nampak halal.
Jadi bila orang kata dia kata 1MDB kena tipu dengan kerjasama orang dalam, Arul Kanda kata, bukan dia yang kata tapi dia hanya buat interpretasi kenyataan IPIC dan Peguam Negara Switzerland.
Dia kata tugas dia dah selesai. Dia nak berhenti. Dok tak dok hutang 1MDB yang kita sangka RM42 bilion dah jadi RM50 bilion awal tahun ini dan faedah hutang AS$50 juta (RM200 juta) pun tak mampu bayar. Selelasi haram zada ada?
Luncai Abad ke-21
Tapi ada manusia jenis Si Luncai
moden yang nak bohong pun tak pandai. Tak macam Si Luncai asal yang raja pun
dia boleh kelentong.
Si Luncai abad ke-21 ini buat
cerita kata Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, tandatangan surat-menyurat 1MDB tapi tak ambil tahu apa kandungannya.
Si Luncai macam ini kalau nak
bohong untuk selamatkan nyawa dia pun dia tak tahu apatah lagi nak lindungi
Perdana Menteri.
Si Luncai ini punyalah bodoh
sampai dia ingat semua orang tak cerdik macam dia. Punyalah dungu sampai tak
tahu bahawa abai tanggungjawab fidusiari (fiduciary responsibility) adalah
kesalahan jenayah.
Mohd Najib sebagai Perdana
Menteri, Menteri Kewangan, pengasas 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB
tanggung tugas fidusiari yang jelas dan berat.
Atau Si Luncai pemakan dedak ini
tahu hal urus tadbir korporat tapi dia ingat orang lain tak tahu. Dia sangka
dia seorang saja cerdik dan orang lain semua bodoh. Dia tak sedar bahawa orang
bodoh yang ingat diri dia cerdik adalah orang paling bodoh.
Mohd Najib tandatangani
surat-menyurat yang libatkan berbilion ringgit duit dan harta negara dengan tak
baca apa yang dia tandatangan?
Bukan Semua Orang Bodoh
Mak cik kampung yang buta huruf
pun tahu dia tak boleh buta-buta turun cap jari atas kertas. Dia kena tahu apa
tanggungjawab dia bila dia turun cap jari.
Zaman dulu, Cina buta pun tanya
syarat sebelum dia setuju menikah dengan janda talak tiga atau pak sanggup
sebelum dia menikah dengan anak dara bunting.
Cina buta nak tahu berapa upah
dan berapa lama tidur dengan bini “sementara” dia? Tidur saja ka atau boleh
buat macam laki-bini buat?
Macam tu juga bekas laki yang
upah Cina buta nikahi janda dia yang dia cerai talak tiga. Masa nak cerai dia
tak fikir. Bila dah bercerai dia gila talak.
Cerai talak tiga tak boleh
rujuk. Jadi kena lah upah Cina buta nikahi dengan syarat lepas itu cerai. Tapi
kena jaga-jaga. Si Cina tu hanya mata tak berfungsi. Anggota-anggota lain
berfungsi kelas A.
Jadi bila ada Si Luncai moden
kata PM tandatangan dokumen 1MDB dengan tak baca atau tak tahu apa yang dia
tandatangani, sahlah Si Luncai ini bangang kelas A.
Rakyat jelata Malaysia boleh
jadi tak selicik PM dan Jho Low berniaga atas angin, tapi mereka taklah baghal
sampai percaya cerita macam yang Si Luncai moden buat.
Satu lagi, bila sampai masa
dihumban ke dalam sungai yang deras, Si Luncai dan jenis yang sama dengan
dialah yang paling awal lari lintang-pukang selamatkan diri.
Wallahauaklam.
No comments:
Post a Comment