Friday, April 29, 2016

Pergaduhan di Kuala Lumpur berita palsu – Polis

FREE MALAYSIA TODAY


Polis sedang memantau media sosial dan akan bertindak keatas mereka yang menghasut.


KL-fight-rumours


KUALA LUMPUR: Polis menafikan khabar angin di laman media sosial yang mendakwa akan tercetusnya pergaduhan dan perbalahan di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya akan mengenakan tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat palsu dan menghasut di laman media sosial untuk menakutkan orang ramai.

“Sesiapa yang mengedarkan berita palsu dan menghasut orang lain untuk mempercayai khabar angin itu melakukan satu kesalahan menurut undang-undang negara.

“Polis sedang memantau laman media sosial dan mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menangani ancaman ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata berita palsu itu dipercayai sengaja disebarkan dengan menjadikan isu perkauman sebagai alasan untuk melakukan kekacauan.

No comments: