Oleh Madiha Abdullah
ANTARA berita menyayat hati minggu ini adalah tentang seorang murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan maut dipatuk ular di sekolah
Cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini menjadi punca mengapa tiba-tiba sahaja haiwan berbisa ini menjadi 'penghuni' di tempat-tempat yang kebiasaannya bukan habitatnya.
Akibatnya, risiko untuk kejadian seperti yang menimpa Nuriey berlaku adalah sangat tinggi.
Mungkin
ada baiknya juga kita mengambil tahu sedikit sebanyak tentang patukan
ular dan apa yang boleh dilakukan jika berada dalam situasi perlu
berhadapan dengan ular.
APABILA TERSEREMPAK DENGAN ULAR
Menurut David Mizejewski dari Persatuan Hidupan Liar Kebangsaan Amerika Syarikat:
1. Bertenang dan ambil langkah ke belakang perlahan-lahan.
2.
Jika ular itu terlebih dulu melihat anda, ia akan melarikan diri atau
akan memegunkan diri. Satu yang perlu diketahui, ular tidak suka bertemu
manusia dan akan berusaha mengelakkan diri dari muncul di hadapan
manusia.
3. Ular mematuk kerana merasa
terancam. Kerana itu, jangan cuba buat apa-apa, seperti mengusiknya
dengan ranting kayu atau cuba mengalihkannya.
4. Hubungi pihak bomba secepat mungkin.
5. Pastikan tiada semak samun dan batu-batan di kawasan rumah, kerana ia merupakan kawasan kegemaran ular untuk bersembunyi.
JIKA DIPATUK ULAR
1. Bertenang
2. Cuba ingati rupa bentuk ular. Ini akan membantu doktor atau paramedik memberi rawatan yang lebih pantas dan bersesuaian.
3. Kurangkan pergerakan kerana ia akan membantu mengelakkan bisa merebak dengan cepat.
4. Jangan
a) cuba menyedut keluar bisa
b) jangan letak ais atau sebarang ubat dan bahan kimia
c) jangan balut atau guna apa-apa bahan untuk halang aliran darah
5. Longgarkan pakaian jika anda memakai pakaian ketat.
6. Tanggalkan aksesori seperti jam dan gelang tangan.
7. Dapatkan bantuan atau hubungi 999
APA LAGI YANG PERLU DIKETAHUI?
1. Bagaimana untuk membezakan ular berbisa dengan tidak?
Kata
Mizejewski, ular berbisa biasanya punya anak mata yang berbentuk slit
manakala yang tidak berbisa mempunyai anak mata berbentuk penuh atau
bulat.
2. Ular berbisa akan memberikan amaran sebelum menyerang. Ia akan menaikkan kepala dan mengeluarkan lidah.
3.
Venom, atau bisa ular sebenarnya menyasarkan untuk memudahkan haiwan
berkenaan membunuh makanannya, sebelum ditelan. Manusia yang dipatuk,
adalah collateral damage, tindakan yang diambil ular untuk menyelamatkan
diri.
4. Mereka yang pernah terselamat daripada patukan ular berbisa akan mempunyai sejenis antigen di dalam badannya.
Golongan ini memerlukan rawatan yang lebih agresif daripada biasa kerana patukan kedua berisiko memberi kesan yang lebih teruk.
No comments:
Post a Comment