Rabu, 6 April 2016

Penjaga gol Melaka United parah dipanah petir

Petir


BANDARAYA MELAKA - Penjaga gol simpanan pasukan Melaka United cedera parah selepas dipanah petir semasa satu sesi latihan di Krubong di sini semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lagi pemain, Muhammad Afiq Azuan, 21, dilaporkan turut cedera.

Menurut Pengurus skuad Piala Presiden Melaka Khairi Anuar Ahmad, Marco Stefan Petrovski, 18, seorang pemain naturalisasi Melaka United sedang menjalani latihan ketika kejadian kira-kira jam 5 petang itu.

Menurutnya, sehingga kini, Marco masih  belum sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Tiada ulasan: