Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: PAS yakin mampu meraih kerusi sulung dalam Pilihanraya
Negeri (PRN) Sarawak biarpun terpaksa berdepan dengan Pakatan Harapan
(PH) dan Barisan Nasional (BN) di 11 kerusi yang ditandingi oleh parti
Islam itu.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, PAS
yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi walaupun terpaksa
'berebut' dengan 'rakan' politiknya suatu ketika dahulu iaitu PKR dan
DAP.
"Setakat ini kita ada beberapa kerusi (yang boleh menang). Disebabkan
berlaku pertandingan 3 penjuru, ia bergantung kepada strategi disaat
penamaan calon. Sekarang kita sudah mula gerak kerja, kalau strategi
kita sesuai rakyat Sarawak melihat kita boleh disandarkan harapan, kita
yakin kita boleh menang kerusi sekurang beberapa kerusi yang kita boleh
menang," katanya kepada Antarapos.
Difahamkan PAS akan bertembung dengan PAN di lima kerusi antaranya
Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Sementara PAS-PKR di Pantai Damai, Kakus, Jepak dan Lambir manakala DAP di dua kerusi iaitu di Samalaju dan Pujut.
Tambah Zuhdi, walaupun terpaksa bersaing dengan seteru PAS, ia dijangka
memberi kelebihan kepada pembangkang untuk mengalahkan BN.
"Bila berlaku tiga penjuru, strategi lokal lebih penting sebab tiga
penjuru ini kita kena sedar mentaliti bahawa sistem dua parti ini sahaja
yang boleh menumbangkan BN ataupun sistem dua parti ini sahaja yang
sesuai. Jadi dalam konteks ini bila berlaku pertembungan tiga penjuru
peluang itu lebih terbuka, katanya.
Ujar Zuhdi, PAS telah mengisytiharkan kerusi yang bakal ditandingi
mereka sebelum PH mengadakan perbincangan pembahangian kerusi di PRN
Sarawak.
Malah, tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebelum ini yang menganggap PAS kurang mendapat sambutan di Sarawak dan
tidak akan mendapat tempat di negeri berkenaan turut meyumbangkan kepada
tindakan PAS untuk bertanding di 11 kerusi berkenaan.
Azizah yang merupakan Ketua Pembangkang berkata, PAS dilihat kurang
mendapat sambutan di negeri berkenaan dan tidak sama seperti yang
diperoleh di Semenanjung.
Ujar Zuhdi, PAS terlebih dahulu mengumumkan senarai DUN yang mahu
ditandingi dan tidak timbul isu parti Islam itu tidak mendapat sambutan
di negeri bumi kenyalang berkenaan.
"Dalam konteks Sarawak ini PKR dah nyatakan lebih awal lagi bahawa PKR
tidak ada perundingan dengan PAS, itu disebut lebih awal sewaktu
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sendiri menyatakan PKR tidak ada
perundingan dengan PAS dalam PRN Sarawak.
"Bahkan dia (Wan Azizah) kata PAS tidak sepatutnya masuk (bertanding) itu yang dia kata.
"Kita (PAS) bertanding atas kapasiti kita sendiri," jelas Zuhdi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan