shahbudindotcom
Hari
demi hari semakin banyak pendedahan serta pembongkaran di peringkat
antarabangsa mengenai Najib Razak, 1MDB, wang yang masuk ke akaun
peribadinya serta bagaimana perbelanjaan mewah dilakukannya.
Dulu
ramai yang sudah cukup terkejut apabila diketahui wang yang pernah
masuk ke akuan peribadi Najib adalah berjumlah RM2,600 juta, tetapi kini
nampaknya angka itu makin membesar sehingga didakwa mencecah RM4,200
juta.
Angka
itu tentu saja menarik kerana ia secara kebetulan bersamaan dengan 10
peratus daripada hutang keseluruhan yang ditimbun oleh 1MDB iaitu
RM42,000 juta.
Apa makna 10 persen bagi kebanyakan orang biasa apabila dikaitkan dengan politik dan perniagaan?
Negara-negara
yang sedang menyiasat 1MDB juga turut bertambah iaitu Amerika Syarikat,
United Kingdom, Singapura, Switzerland, Hong Kong dan terbaru sebuah
negara yang jarang kita kenali, Luxembourg.
Pendedahan
mengenai percutian, perbelanjaan mewah dan membeli barang kemas yang
melibatkan Najib dan Rosmah juga kian bertambah, bukan saja dari segi
jumlah wang yang dibelanjakan dan barang-barang yang dibeli, bahkan
turut melibatkan Reza Aziz, anak Rosmah daripada perkahwinannya yang
terdahulu.
Dalam
pendedahan terbaru WSJ, dilaporkan bahawa Reza melalui syarikat
filemnya, Red Granite yang menerbitkan filem separuh porno, The Wolf of
Wall Street didakwa telah menerima dana berjumlah AS$155 juta atau RM603
juta melalui laluan berliku yang diipercayai daripada 1MDB.
Dana itu diterimanya dalam tiga peringkat pada tahun 2012 iaitu RM60 juta, RM45 juta dan RM50 juta.
Selain
itu, WSJ turut melaporkan bahawa pihak berkuasa UAE telah mengeluarkan
perintah larangan perjalanan dan pembekuan aset dua bekas eksekutif
syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company
atau IPIC berhubung transaksi kewangan melibatkan 1MDB.
Tindakan
terhadap kedua-dua eksekutif itu, Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy
Al Huseiney, jelas menunjukkan ada kemajuan dalam siasatan mereka
lakukan.
Untuk
hari-hari seterusnya pula, terutama kerana banyak siasatan sudah
bermula, tidak diketahui apa lagi pendedahan lain yang bakal terdedah
mengenai Najib, 1MDB serta lambakan wang yang dibelanjakan berkaitan
dengannya.
Kita
juga tidak mengetahui berapa banyak lagi maklumat sulit yang ada dalam
tangan WSJ, ABC News, Sarawak Report dan sebagainya yang mungkin hanya
menunggu masa untuk disiarkan ke seluruh dunia.
Untuk
itu, masa yang mendatang ini boleh dikira detik paling kritikal kepada
Najib dalam usaha untuk mempertahankan kuasa pemerintahannya.
Walaupun
tidak semua penyiasatan itu menjurus kepada Najib secara langsung,
tetapi sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat dan orang yang
bertanggungjawab menubuhkan 1MDB, kesan politiknya tentulah paling
terkena kepada Najib.
Dalam
pada itu, memandangkan berbagai negara sudah melakukan siasatannya,
tidakkah di akhirnya nanti ia akan menjurus kepada Najib juga berikutan
hubungannya yang rapat dengan 1MDB?
Dan selagi beliau memimpin UMNO serta kerajaan, selagi itulah juga kesan buruknya akan menimpa parti dan negara.
Meskipun
secara teorinya Najib masih boleh bertahan selagi Ahli Majlis
Tertinggi, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian berpihak
kepadanya, tetapi sudah tentu apabila semakin banyak pendedahan dan
pembongkaran mengeluarkan bau busuknya, ia akan menyebabkan sokongan
rakyat mereput secara perlahan-lahan kepadanya.
Najib
tidak mustahil boleh dipertahankan sekurang-kurangnya sehingga tarikh
pilihanraya umum diadakan, namun mampukah UMNO dan kerajaan terus
dikekalkan jika penerajunya terus sarat dengan masalah dan isu yang
tidak mampu untuk dijawab dan dihujah balas?
Jika
keadaan itu berterusan, mempertahankan Najib hanya menjadi kerja
sia-sia kerana UMNO tetap kalah dan ditolak rakyat juga akhirnya.
No comments:
Post a Comment