DAP Sarawak menegaskan hanya anggota polis atau askar dan ahli keluarga kelahiran Bumi Kenyalang sahaja yang dibenarkan mengundi
BAU : Meskipun ditegur parti lawan, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan berganjak, dan bertegas anggota polis atau tentera dan ahli keluarga kelahiran Semenanjung tidak patut dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Sarawak.
Bercakap kepada pemberita di acara mobilisasi jentera DAP hari ini, Chieng Jen berkata membentuk kerajaan negeri merupakan hak warga kelahiran Bumi Kenyalang, maka warga Semenanjung tidak berhak mengganggu proses pembentukan itu.
“Sekarang kita sedang memilih kerajaan negeri. Mengapa kamu benarkan rakyat Malaysia Barat (Semenanjung) mengundi?” katanya.
Mengulas lanjut, Chieng Jen berkata langkah membenarkan undi polis, askar dan ahli keluarga mereka adalah tidak adil dikala ahli politik Pembangkang dihalang masuk.
“Pada fikiran saya, sekiranya kamu membandingkan ceramah pemimpin kita (dengan ceramah parti lawan), kita tidak paksa rakyat mengundi DAP. Maka, bagaimana mewajarkan sekatan ini?
“Dalam masa yang sama, kamu (kerajaan Sarawak) mengizinkan askar (dan polis serta ahli keluarga mereka) Malaysia Barat mengundi. Pilihan Raya Parlimen merupakan perkara berbeza, sekarang ini pilihan raya negeri,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Chieng Jen membuat kenyataan yang “bodoh”, “tidak masuk akal” dan “tidak berasas” mengenai pengundi tentera dan polis di negeri itu.
Beliau menjelaskan mengundi kerajaan di tempat yang mereka diami dan berkhidmat adalah sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini.
No comments:
Post a Comment