shahbudindotcom
Belum
pun lama Najib Razak, penyokong dan penerima dedaknya dapat bergembira
dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir berkenaan wang
RM2,600 juta sebagai derma, The Wall Street Journal kini tampil lagi
dengan pendedahan barunya.
Dalam
laporan terbarunya, WSJ mendakwa wang tersebut adalah berpunca daripada
syarikat palsu, Aabar BVI yang menerima daripada 1MDB sebanyak AS$3.51
bilion atau RM14,000 juta bagi pihak IPIC atau International Petroleum
Investment Company sebagai deposit sekuriti.
IPIC
bagaimanapun dalam laporannya kepada London Stock Exchange baru-baru
ini menafikan Aabar BVI adalah anak syarikatnya atau ada kaitan dengan
mereka, manakala Arul Kanda, CEO 1MDB pula tidak menolak kemungkinan
mereka menjadi mangsa penipuan.
Syarikat
palsu itu didaftarkan di British Virgin Island dengan nama Aabar
Investment PJS Ltd (Aabar BVI), manakala anak syarikat IPIC yahg sebenar
yang didaftarkan di Aabu Dhabi ialah Aabar Investment PJS.
Menurut
WSJ, sebahagian wang daripada syarikat palsu itu berakhir di Tanore
Finance Corp, entiti yang sama yang memindahkan wang sebanyak RM2,600
juta ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank.
Dengan
terus mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa wang yang diterima
Najib itu ada kaitan dengan 1MDB, ia memperlihatkan seolah-olah WSJ
mempunyai banyak bukti berkaitan pengaliran wang tersebut serta
menolaknya sebagai derma daripada mana-mana Pak Arab.
Semakin
dinafikan dan cuba ditampil beberapa individu tertentu, termasuk
Menteri Luar Arab Saudi untuk menyokong Najib berkaitan wang berkenaan,
WSJ sebaliknya semakin mendedahkan satu demi satu bukti yang ada pada
mereka.
Apakah perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan semakin hari semakin terdedah misteri wang itu kepada kita semua?
Sementara
pendedahan WSJ itu tidak berani disanggah dengan bukti-bukti yang lebih
kukuh, jauh sekali mahu menunaikan janji mengambil tindakan
undang-undang, kebenaran seolah-olah kian hampir menampakkan wajahnya
yang sebenar.
Kita
juga tidak harus lupa bahawa Najib sendiri turut menafikan wang yang
diterimanya berpunca daripada 1MDB. Beliau turut menafikan
menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan