Muhafandi Muhamad, Astro Awani
PENGKALAN CHEPA: Urusan
pengebumian jenazah pelajar perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato
Hashim 1, yang meninggal dunia pagi semalam dipercayai dipatuk ular,
terpaksa ditangguhkan apabila jenazah memberikan tindak balas semasa
urusan pemandian dilakukan.
Jenazah Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dikatakan bergerak sewaktu urusan pemandian yang menyebabkan proses berkenaan dihentikan.
Jenazah yang dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buloh di sini selepas solat Isyak malam tadi ditunda ke hari ini bagi mendapatkan pengesahan dari pihak hospital dan pegawai perubatan.
Bagaimanapun pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Badang yang membuat pemeriksaan ke atas jenazah pelajar berkenaan sekitar jam 10.30 malam tadi mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia.
Pihak keluarga yang masih ragu-ragu berikutan respons pergerakan jenazah serta badannya yang masih panas dan tidak mengeras, dikatakan turut menggunakan khidmat perubatan Islam bagi tujuan pengesahan.
Menurut datuk kepada Nuriey Nadhirah, Wan Mohamed Ibrahim, pihaknya menerima ketentuan Ilahi dengan pengesahan bahawa Nuriey sudah meninggal dunia, namun disebabkan pergerakan tubuh semasa urusan pemandian menyebabkan timbul cadangan supaya pengesahan dibuat sekali lagi.
“Saya bawa balik jenazah jam 5 petang dan mahu mengebumikannya kira-kira jam 8 malam, namun ketika dimandikan, jenazah seperti ‘menggeliat’.
“Saya tangguhkan sebentar dan saya panggil doktor. Tapi doktor menyatakan dia telah meninggal dunia dan itu mungkin cuma tindak balas udara dalam tubuh. Saya kemudian berpuas hati (dengan penjelasan itu),” kata Wan Mohamed.
Menurut Wan Mohamed lagi, pihaknya akan menunggu sehingga jam 9 pagi ini dan jika tiada sebarang perkembangan baru, urusan pengebumian akan dilakukan.
Redha ketentuan
Keluarga serta kedua ibu bapa Nuriey pasrah dan redha dengan ketentuan Allah namun disebabkan inginkan kepastian pihaknya melakukan pengesahan sekali lagi di rumahnya di Kampung Buaya di sini malam tadi.
Orang ramai mengerumuni pekarangan rumah pelajar ini apabila berita viral yang mengatakan pelajar itu ‘hidup kembali’ tersebar luas malam tadi.
Pelajar berkenaan dikatakan dipatuk ular atau binatang berbisa di bahagian betis sekitar jam 10 pagi ketika bermain di kawasan sekolahnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan
Pengkalan Chepa di sini sebelum di rujuk ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II untuk proses bedah siasat.
Hasil pemeriksaan mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan gigitan haiwan berbisa.
Nuriey Nadhirah dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran pada pukul 11 pagi semalam dan dibawa gurunya ke klinik tersebut.

No comments:
Post a Comment