Rabu, 13 April 2016

Ikon kewartawanan Said Zahari meninggal dunia





DETIK DAILY


Ikon kewartawanan negara, Said Zahari meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.Perkara itu diberitahu oleh anaknya Norman Said melalui tulisan di Facebook.

Norman menulis: "Innalillah. Ayah saya, Said Zahari, telah kembali ke rahmatullah pukul 12.30 tengahari tadi."

Said, 88 merupakan tokoh wartawan yang disegani dan pernah menjadi tahanan ISA di Singapura selama 17 tahun semasa era pemerintahan Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri Singapura.

Beliau juga terkenal kerana pernah memimpin wartawan Utusan Melayu melakukan mogok pada tahun 1961 bagi membantah tindakan Umno menguasai akhbar tersebut.



Tiada ulasan: