Rabu, 20 April 2016

Histeria terjadi kerana ada jin

Ia boleh merebak kepada orang lain hanya dalam tempoh lima minit.

 
Datuk-Shamsuri-Shafie,HISTERIA


PETALING JAYA: Gangguan histeria yang dialami oleh seseorang boleh merebak dengan pantas kepada 100 orang dalam tempoh lima minit.

Demikian kata Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie yang memberitahu, ia disebabkan gangguan mental itu melibatkan jin yang berpindah randah.

Menurutnya, seseorang itu mudah untuk diserang histeria apabila keadaan rohaninya lemah.

“Benda ini (histeria) berpindah-randah. Dia berjangkit. Yang mana lemah, dia akan mengikut,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden melibatkan lebih 50 orang pelajar di empat buah sekolah yang Kota Bharu, Kelantan yang diserang histeria sejak minggu lepas.

Pelajar-pelajar terbabit dikatakan telah terpandang jelmaan berwarna hitam degan wajahnya yang hodoh serta mempunyai tubuh yang berbulu.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, SMK Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 3.

Sekolah-sekolah terbabit dilaporkan terletak tidak jauh antara satu sama lain dengan jarak lebih kurang antara dua hingga lima kilometer sahaja.

Dalam pada itu, Shamsuri yang menjawab pertanyaan tentang mengapa histeria mudah menyerang perempuan berbanding lelaki, katanya, “Rohani perempuan agak lemah daripada lelaki”.

Ini disebabkan katanya, wanita merupakan kaum hawa yang sering meninggalkan solat kerana datang haid.

“Orang perempuan maklumlah ada masa tak boleh solat itu nak baca Al-quran pun tak boleh,” ujarnya.

Shamsuri turut berkongsi tips bagaimana untuk mengelak daripada terkena gangguan histeria daripada seseorang yang sudah diserang dengan antaranya membaca ayat al-Quran seperti al-fatehah, ayat-ayat rukhyah dan tiga kul.

Tiada ulasan: