ANALISIS BORHAN AHMAD
Ketika cuaca panas akibat fenomena El Nino melanda ibu kota, lebih
5,000 peserta memenuhi Dataran Merdeka bagi menuntut agar cukai yang
membebankan dan menjadi punca kemarahan rakyat, GST dimansuhkan.
Ada sesetengah pihak yang anti kepada perhimpunan ini menyifatkan
ianya gagal dengan menyiarkan gambar dari udara kononnya hanya sedikit
yang menyertai perhimpunan ini.
Namun bagi yang menyertai dan penganjurnya, mereka menyifatkan inilah
perhimpunan yang paling berjaya bagi mereka kerana berjaya mengumpulkan
sejumlah peserta ketika cuaca panas melanda negara.
Pesertanya pula termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang sudah berusia 90 tahun lebih.
Anggota keselamatan pula berjaya mengawal perhimpunan ini dengan
baik. Dilaporkan, lebih 10 buah bas dan 20 buah van mengangkut polis
keluar dari kawasan perhimpunan selepas perhimpunan tamat.
Di samping itu, lebih 100 petugas DBKL berbaris pulang selepas ia selesai dengan baik.
Namun begitu, doa penutup majlis yang dibaca oleh Dr Badrul Amin
sedikit sebanyak mengelirukan apabila beliau menyebut Mahazalim dan
Mahafirauan yang sebelum ini ditujukan kepada Tun Dr Mahathir
seolah-olah ia ditujukan kepada bekas perdana menteri 22 tahun itu yang
turut menyertai perhimpunan kali ini.
"Hukum mereka yang memenjarakan Anwar Ibrahim ya Allah, dan mereka
yang meneruskan hukuman itu," kata doa Badrul Amin itu yang dianggap
ditujukan kepada Dr Mahathir.
Mahathir datang dengan misi jelas semalam iaitu mahu berusaha
jatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana beliau dianggap punca
masalah negara sekarang.
"Saya sendiri rayu pada Najib janganlah kena GST tapi dia tak peduli
sebab itu kita mesti jatuhkan Najib. Dialah punca segala masalah kita
semua.
"Beribu pekerja Mas, Petronas dibuang. Saya pun dibuang juga," ujarnya.
No comments:
Post a Comment