Selasa, 5 April 2016

Dewan makan SM Sains Tapah diarah tutup

SINAR HARIAN


Lebih 100 orang keracunan makanan lepas makan roti jala


KUALA LUMPUR - Dewan makan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, Perak diarahkan tutup bermula 6 petang semalam berikutan kes keracunan makanan membabitkan 43 pelajar, Sabtu lepas.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Tinggi berkata penutupan itu adalah sehingga premis berkenaan dibasmi kuman dan serangga.

"Penutupan sementara ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid sehingga siasatan selesai," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.‎

BPSBPSK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan pemantauan bagi memastikan sekolah itu mematuhi arahan penutupan itu.

Kenyataan juga itu menyebut sebanyak 762 pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu akan dibekalkan makanan bermasak oleh pengusaha kantin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah buat sementara waktu.

Dalam kejadian itu, 43 pelajar mengalami keracunan makanan selepas menikmati roti jala dan kari ayam di dewan makan asrama sekolah itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100 keracunan makanan lepas makan roti jala‎]

Sejumlah 33 pelajar, membabitkan 21 lelaki dan 12 perempuan masih ditahan di Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut. - Bernama


Tiada ulasan: