Khamis, 7 April 2016

'Closed door. No media,' kata urusetia dialog Mahathir

ARIF ATAN


Dialog Anak MudaDialog Anak Muda


Tindakan pihak urusetia tidak membenarkan media menyertai dialog yang dihadiri Tun Mahathir di Universiti Malaya (UM), petang ini dilihat bercanggah dengan dasar ketelusan dan akses kepada maklumat.

Percubaan Malaysia Dateline memohon izin kepada Asheeq Ali di talian 018- 372 3395 untuk mengikuti program anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya itu hanya dijawab dengan, "Closed door. No media."

Dalam hal berkaitan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan keengganan penganjur membenarkan media masuk itu sebagai mencemarkan ketelusan Deklarasi Rakyat.

"Setelah berteka-teki, akhirnya telah disahkan bahawa wakil media tidak dibenarkan masuk membuat liputan untuk program dialog Deklarasi Rakyat bersama Mahathir petang ini.

"Dialog Anak Muda 'Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi' akan berlangsung di Clubhouse Persatuan Alumni UM.

SAMM kecewa dengan sekatan ini namun tetap akan hadir untuk berdialog dengan Mahathir," ujarnya.
Menurut Edy, program soal jawab yang turut menampilkan Pengerusi Bersih Maria Abdullah dan aktivis sosial Datuk S Ambiga itu sepatutnya bukan hanya tidak wajar dijalankan secara tertutup tanpa media malah harus disiarkan secara langsung demi mengangkat sebuah deklarasi yang telus.
"Apakah syarat seperti ini ditentukan oleh Mahathir seperti mana dia berkuasa dulu? Penetapan seperti ini juga seumpama 'From #NothingToHide to #SomethingToHide'.

"Kamu bicara soal 'institutional reform', kamu sebut ia deklarasi rakyat, tetapi kamu gagal dalam soal 'transparency' walau hanya untuk berdialog," bidasnya.

Sehubungan itu, SAMM ujarnya, berharap agar tiada halangan untuk bertanya ketika dialog berkenaan berlangsung.

Tiada ulasan: