Sejumlah RM4.47 juta gaji pemain bola sepak tidak dibayar kelab kepada pemain pada musim 2015, kata Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).
Manakala 5 pemain Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melibatkan sejumlah RM477,000, sementara RM220,000 melibatkan pampasan yang dituntut pemain Felda United (FUFC) Azrul Ahmad.
"Sehingga hari ini, ATM masih tidak menunjukkan usaha yang baik menyelesaikan masalah ini dan membayar gaji tertunggak," kata Izham pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Kesemua 5 pemain Kelantan yang membuat tuntutan kepada kelab berkenaan kini tidak lagi bersama pasukan tersebut.
"Sehingga hari ini, tiada sebarang komunikasi antara pasukan dan PFAM," katanya.
Beliau turut menzahirkan kekecewaan terhadap prosedur FAM, apabila perkara itu dibawa kepada mereka, kerana jawatankuasa status FAM mengambil masa sehingga 100 hari untuk mendengar perkara itu.
"Jawatankuasa status FAM ambil masa 100 hari untuk respons, bukan selesaikan.
"Ini sangat-sangat tidak baik untuk pemain dan semua pihak yang mahukan pembelaan jawatankuasa status FAM," kata Izham.
Beliau bagaimanapun berkata, pemain-pemain berkenaan tidak bercadang melaksanakan mogok susulan keengganan pasukan membayar gaji mereka.
"Mogok itu satu pilihan, masih ada ruang perbincangan untuk kelab dan pemain. Mogok bukan pilihan saya.
"Mogok itu satu yang tidak sihat dalam sukan bola sepak, bukan diwajibkan, tetapi lebih kepada peranan pemain itu sendiri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan