KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dijadualkan memberi keterangan
bulan depan dalam kes saman fitnahnya terhadap organ PAS, Harakadaily
walaupun Mahkamah Rayuan menasihatkan awal bulan ini supaya perkara itu
diselesaikan di luar mahkamah, kata peguam Mohd Faiz Fadzil.
"Kami diberitahu perdana menteri dan 2 yang lain akan memberi
keterangan untuk plaintif," kata Faiz yang mewakili Pengarah Urusan
Harakadaily Rosli Yaakob.
Faiz berkata, defendan menamakan 8 orang saksi termasuk bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pengarang kumpulan New
Straits Times Press Datuk A. Kadir Jasin.
"Kami akan memohon untuk sepina Dr Mahathir, Kadir dan pengarang
artikel daripada portal berita lain untuk mengukuhkan hujah pembelaan
kami," katanya dipetik The Malaysian Insider selepas pengurusan kes di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng.
Tarikh perbicaraan ditetapkan selama 5 hari bermula 16 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan