SHAH ALAM: Ekoran Datuk Seri G Palanivel mendakwa beliau masih ketua
MIC, parti itu meminta ahlinya membuat laporan polis terhadap bekas
presiden itu.
Ketua Penerangannya, VS Mogan berkata tindakan itu berikutan wujudnya
usaha berterusan kumpulan Palanivel yang didakwanya untuk mengelirukan
dan memberi gambaran yang salah yang mereka adalah pemegang jawatan
dalam MIC.
Dalam satu kenyataan, Mogan menggesa ahli parti itu segera membuat laporan polis terhadap perkara itu.
Palanivel telah dipecat sebagai ahli MIC dan presiden parti itu tahun
lepas, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati pemilihan parti itu
bagi 2013 adalah tidak sah kerana berlaku penyelewengan.
Palanivel dan dua naib presidennya telah memfailkan semakan kehakiman
terhadap keputusan tersebut tetapi mahkamah menolak rayuan mereka.
Beliau dipecat kerana melanggar Artikel 91 perlembagaan parti itu,
yang melarang mana-mana ahlinya membawa perkara parti ke mahkamah tanpa
persetujuan jawatankuasa kerja pusat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dilantik sebagai
presiden selepas pemilihan semula parti diadakan atas arahan RoS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan