Penduduk kampung terutama kanak-kanak seronok bermain
air ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Batu Kitang Jaya pada Selasa
selepas hujan lebat melanda Kuching baru-baru ini. Foto Bernama
KUCHING: Jumlah mangsa
banjir di daerah Kuching dan Bau meningkat kepada 2,679 orang setakat 5
petang Selasa, berbanding 2,501 mangsa pada tengah hari.
advertisement
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak, Siti
Huzaimah Ibrahim berkata, 14 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuching
dan lima pusat pemindahan dibuka di daerah Bau.
"Mereka terdiri daripada 694 keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu tinjauan Bernama di Kampung Batu Kitang mendapati anggota bomba memantau paras air di sungai berdekatan kampung itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan