KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya
fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia
pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum
berpeluang menyaksikannya sekali lagi.
Katanya, fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada
jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh
negara.
"ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan
menganjurkan program gerhana matahari separa bermula jam 7.30 pagi
hingga jam 10 pagi di Planetarium Negara.
"Selain itu, Observatori Negara Langkawi (ONL) akan turut mengadakan
program pencerapan gerhana itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai
Menghulu, Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.
ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan dan
orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Agensi itu
berkata, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung
terawal secara percuma.
"Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam
minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui
pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari
separa.
"Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan
VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan
diberikan kepada pengunjung yang bertuah," katanya.
ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.
ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.