KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri menafikan berita yang tersebar luas
berhubung pengumuman Tan Sri Adenan Satem mengenai cuti umum hari ini.
Setiausaha akhbar Adenan, Ambrose Cheng berkata berita itu tidak benar.
"Ia ditulis dengan niat jahat. KM mengingatkan orang ramai agar
berwaspada dan mematuhi arahan petugas Bilik Gerakan mengenai
keselamatan mereka bila berlaku banjir di kawasan masing-masing.
"Bila orang ramai dikehendaki berpindah, mereka perlu berbuat demikian
demi keselamatan diri mereka," kata Cheng dalam satu kenyataan malam
tadi.
Bagaimanapun, Adenan menyuarakan rasa sedih terhadap nasib menimpa
mangsa banjir dan berharap mereka bersabar dalam menempuh musibah itu.
"Ketua Menteri turut mengingatkan mangsa banjir, terutama penduduk di
lokasi berisiko supaya sentiasa berwaspada dan mengawasi pergerakan
anak-anak mereka bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,"
katanya.
Katanya, orang ramai juga diminta supaya mendapatkan maklumat daripada
saluran sah, termasuk Bilik Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Alam Negeri dan pihak berkuasa berhubung perkembangan terkini banjir di
kawasan masing-masing bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan