KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya seluruh negara dilaporkan lancar setakat jam 9 pagi ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, tiada
kesesakan lalu lintas dilaporkan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan
sama ada dari arah utara mahupun ke selatan.
"Setakat ini keadaan trafik di semua laluan bergerak lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata
aliran trafik lancar dan terkawal di semua lebuh raya bertol sekitar
Lembah Klang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan