Oleh V Shuman
Hidup
pastinya indah buat seorang Sirul Azhar Umar – lelaki yang melarikan
diri selepas membunuh seorang perempuan dengan kejam, namun masih
boleh menikmati kehidupan.Hidup
di negara luar untuk melepaskan diri daripada hukuman mati di tanah
air. Mendapat akses internet dan telefon ketika dalam tahanan.
Malah, dapat menikmati makanan kegemaran hasil tangan ibu.
Kepada mereka yang terkejut selepas membaca peranggan di atas, begitulah bagaimana seorang pembunuh yang didapati bersalah menjalankan kehidupannya di Australia. Beliau kini berada di pusat tahanan Villawood di Sidney, selepas meninggalkan Malaysia Oktober lalu.
The
Rakyat Post melaporkan, ibu Sirul, Piah Samad yang berusia 74 tahun
akan menghantar makanan kegemarannya, sambal ikan bilis jika mendapat
pelepasan daripada pihak berkuasa Australia.
Laporan
yang dipetik daripada Harakahdaily itu juga berkata, Piah juga membawa
makanan kegemarannya yang lain iaitu rendang limpa, namun tidak
mendapat pelepasan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa
Sidney.
Ibunya dilaporkan dalam keadaan bersemangat, berkata: “Tak apalah, nanti kita masak yang lain.”
Piah
juga memasak kari kepala ikan untuk rombongan yang mengiringinya –
tujuh orang termasuk anaknya Nuriatin Umar, Ketua Penerangan PAS Datuk
Mahfuz Omar dan seorang peguam.
“Sirul
ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi. Dia tak
de cerita apa pun kat makcik sehinggalah dia ditangkap,” katanya
menurut Harakahdaily.
Kini, tiada lagi sebab untuk Sirul kembali ke Malaysia (bukanlah beliau berniat untuk pulang pada asalnya).
Sehingga
kini, masih belum jelas bagaimana seorang bekas komando polis mampu
hidup di luar negara sejak Oktober 2014. Tidak diketahui siapa yang
mendanai “pelarian” dan hidupnya di sana.
Kini
selepas tempat tinggalnya sudah terjamin, beliau masih dapat menikmati
keselesaan seperti di rumah sendiri, semuanya atas jasa PAS.
Ya,
parti yang sama yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, yang
dahulunya menghentam Sirul dan pasangannya Azilah Hadri sebagai
pembunuh kejam, berikutan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya
Shaariibuu dan tahun-tahun selepasnya.
Kini,
mereka bersungguh-sungguh berbuat baik kepadanya dan keluarga, dengan
harapan beliau akan mendedahkan sesuatu yang menggemparkan, seterusnya
meruntuhkan pentadbiran sekarang dan membolehkan PR mengambil alih
Putrajaya.
Persoalannya, adakah Sirul
akan mendedahkan apa-apa yang mampu meredakan spekulasi bertahun-tahun
lamanya? Atau beliau hanya mengambil kesempatan terhadap PAS dan media
antarabangsa?
Bukankah beliau
adalah orang yang didapati bersalah melakukan antara pembunuhan paling
dahsyat yang pernah berlaku di Malaysia, dan malah dunia?
Jika
Sirul benar-benar serius menebus “dosanya”, beliau patut berhenti
mengarut tentang tele-persidangan yang tidak pernah terjadi, dan
dedahkan sahaja semua perkara. Tanpa mengira apa yang akan berlaku
selepas itu.
Jika beliau cukup
“jantan” untuk menembak seorang perempuan yang mengandung dan mengebom
mayatnya sehingga hancur berkecai, beliau juga sepatutnya berani untuk
mengaku dan menceritakan segalanya kepada media.
No comments:
Post a Comment