MALAYSIAKINI
Keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim "mencubit-cubit puting"
bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ada dalam rekod mahkamah,
kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
"Baca keseluruhan rekod rayuan (kes liwat) anda akan temuinya! Begitu
jelas sekali keterangan itu!" katanya, yang menerajui ketua kumpulan
pendakwaan terhadap ketua pembangkang.
Dalam majlis penerangannya bulan lalu, Shafee pernah menyebut keterangan
yang sama tetapi semakan mendapati tiada keterangan seumpama itu dalam
perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi.
Dalam ceramah pertamanya dalam siri jelajahnya pad 17 Februari, seminggu
selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke
atas Anwar, Shafee berkata: "Anwar mencubit-cubit dia punya puting".
Shafee menceritakan perkara itu, yang didakwanya berlaku sebelum
kejadian liwat, kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang
disiarkan secara langsung melalui Internet.
Turut hadir di majlis itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang
mempertahankan hak peguam itu menceritakan kes itu kepada orang awam.
Malaysiakini menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup (in camera) itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit disebut.
Satu-satunya bahagian yang menyebut tentang puting Saiful dalam kes itu
ialah apabila doktor Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan
menggunakan swab kapas untuk mendapatkan sampel dari putingnya.
No comments:
Post a Comment