KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi tidak pernah mengeluarkan mesej
mengenai ramalan kejadian tsunami yang akan melanda Pulau Pinang,
Langkawi dan Perlis.
Menurut Jabatan Meteorologi, khabar angin mengenai kejadian tsunami
yang akan melanda tiga buah negeri seperti yang tersebar di media sosial
adalah tidak benar.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang
nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya
bukan daripada Meteorologi Malaysia.
“Untuk pengesahan maklumat boleh merujuk laman sesawang Meteorologi
Malaysia, http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau
laman sosial facebook http;//www.facebook.com/malaysiamet atau twitter
http://twitter.com/malaysiamet,” katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.
Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Meteorologi Malaysia 1 300 22 1MET (1638).
No comments:
Post a Comment