MALAYSIAKINI
Ura-ura tersebar bahawa Kota Bharu akan menjadi kawasan pertama PAS yang
mencalonkan pencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan
presiden.
Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui malam ini apabila
selesai mesyuarat jawatankuasanya bagi memutuskan perkara itu.
Setakat ini, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bawah)
disebut-sebut bakal dicalonkan bagi berdepan Hadi yang sudah menerajui
PAS hampir 15 tahun selepas pemergian allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Pemimpin
kanan bahagian itu ketika dihubungi enggan mendedahkan siapa tokoh yang
bermain di fikiran mereka tetapi hanya menjelaskan “bukan (naib
presiden) Datuk Husam Musa”.
Mesyuarat agung tahunan kawasan itu sebelum ini memberi mandat kepada
anggota jawatankuasa pusatnya untuk memutuskan pencalonan jawatan
tertinggi untuk pemilihan PAS Jun ini.
Sidang media dijadual diadakan pada jam 10 malam ini di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu.
Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding.
Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.
Pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.
No comments:
Post a Comment