MALAYSIAKINI
Lebih 1.6 hektar kawasan pelupusan sampah di Kampung Penderas, Slim
River terbakar mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River mengambil
masa kira-kira tiga jam untuk memadam kebakaran yang bermula pada jam
7.08 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River Md Zin Mohd Faaidin berkata
dua jentera bersama lima anggota dikejar ke lokasi kejadian dan berjaya
mengawal kebakaran pada 8 malam.
"Namun, kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 9.58 malam.
Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dua nozel 'fix
monitor' air tangki dan pili bomba," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau tidak menolak kemungkinan cuaca panas merupakan antara faktor
selain terdapat pelbagai bahan api di tapak pelupusan sampah itu.
Turut terbakar, hari ini ialah tempat pelupusan sampah yang terletak
bersebelahan Pusat Insinerator Pulau Pangkor di Sungai Pinang Kecil.
Pasuka bomba yang menerima panggilan pada 6.42 pagi berhubung kejadian
itu, tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan api berjaya dikawal
sepenuhnya pukul 7.30 pagi.- Bernama
No comments:
Post a Comment