GST Malaysia 2015 : Kejatuhan Ringgit
Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24
Bilion Penyelamat! : Pejam celik, pejam celik. Tidak lama sahaja lagi
sekitar kurang 1 bulan daripada sekarang, rakyat malaysia akan
dihidangkan dengan pelaksanaan terbaru GST Malaysia 2015 6% bermula 1
April 2015 ini.
Ketika rakyat marhaen
mula merasa risau dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan
harga rumah naik dek kerana GST Malaysia 2015 ini ditambah dengan nilai
ringgit Malaysia yang dicatatkan pada hari ini ditahap yang cukup rendah
dan lemah iiatu RM3.65 untuk setipa Dolar Amerika, namun Timbalan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampil menenangkan keadaan
dan suasana.
BACA SINI LAGI : Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10%
Selepas Pelaksanaan GST Kelak!
Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan
yang tepat untuk melaksanakan GST malaysia 2015 kerana ia mampu ekonomi
merosot dek kerana kejatuhan ringgit Malaysia.
Kerajaan Malaysia Dapat RM24 Bilion Pelaksanaan GSt Malaysia 2015
Apa dia? Ekonomi Malaysia jatuh disebabkan kejatuhan ringgit Malaysia? Itu kata Ahmad Maslan.
- Syarikat yang telah melakukan pendaftaran GST kastam telah meningkat daripada 140,000 kepada 317,000 sekaligus memberikan kutipan sejumlah RM1,000,000,000 (RM1 bilion)
- Kantung kerajaan Malaysia akan bertambah sejumlah RM24 bilion dengan pelaksanaan GST malaysia 2015 ini.
Jikalau ditanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh ia memberikan kebaikan kepada Malaysia :
menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah
sekaligus meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara
P/S : Macam mana tidak mampu meningkatkan kantung pendapatan kerajaan Malaysia kepada RM24 bilion jikalau tidak dapat perahan cukai daripada rakyat miskin, golongan pertengahan, dan golongan kaya. Tahniah…
No comments:
Post a Comment