Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor yang baru.
ADUN PAS itu dilantik menduduki jawatan itu selepas mendapat undian sebanyak 28 undi.
"Dengan ini saya sukacita memasyhurkan Tuan Shafie Ngah dipilih sebagai timbalan speaker," kata Speaker Dewan Hannah Yeoh.
Selain Mohd Shafie, turut dicalonkan sebagai timbalan speker ialah ADUN DAP Sekinchan Ng Swee Lin.
Ng dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han.
Bagaimanapun, pemimpin DAP itu itu hanya mendapat 14 undi.
Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.
"Berkenaan pemilihan ini, semua ADUN daripada BN tidak mahu mengambil bahagian," katanya yang juga ADUN Sungai Burong.
Selepas itu, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak
No comments:
Post a Comment