Friday, November 28, 2014

'Hanya sokongan rakyat boleh selamatkan Umno'

MALAYSIAKINI




 
 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan bahawa Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna bagi mengekalkan kekuasaan Umno.
 
Mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Akta tersebut akan dikekalkan, Abdullah menulis di blognya: "Kekuasaan dan kekuatan Umno datangnya dari sokongan rakyat". 
 
"Ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan Umno dari kehilangan kuasa,"  katanya.
 
Abdullah berkata, beliau menyokong keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.
 
"Saya menyokong pengekalan atau pun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong," katanya.
 
Katanya, beliau tertarik dengan ucapan dasar Najib di perhimpunan agung Umno tahun ini. 
 
"Selain memperingatkan ahli-ahli Umno akan sejarah perjuangan Umno dan juga betapa pentingnya semangat solidariti, beliau juga sangat prihatin dengan keresahan, kerisauan dan juga keinginan orang Melayu secara amnya, dan ahli-ahli Umno khususnya," katanya. 

No comments: