MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menantu Presiden PAS Datuk
Seri Hadi Awang hari ini diperolok ekoran kenyataan kontroversi mereka
berhubung Negara Islam (IS) sebelum ini.
Ia berlaku ketika kertas putih berhubung ancaman kumpulan bersenjata itu dibentangkan di parlimen hari ini.
Ia bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Kamaruddin
Jaafar (PAS-Tumpat) ketika perbahasan membangkitkan kenyataan Najib lima
bulan lalu yang menggesa anggota Umno mencontohi semangat IS.
Kamaruddin menegaskan bahawa anggota PAS dilarang menyokong IS.
Najib dalam ucapannya pada 24 Jun dilaporkan berkata sama ada suka atau
tidak, harus diakui bahawa 1,300 pejuang IS telah mengalahkan 30,000
tentera Iraq.
Katanya, ia berlaku kerana tentera republik negara itu takutkan orang yang berani.
Bagaimanapun, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan menyerang menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad.
Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan wakil Tumpat itu kerana
Zaharuddin di media sosial gembira dan teruja apabila IS menawan
beberapa bandar di Iraq.
No comments:
Post a Comment