MALAYSIAKINI
Dua anggota parlimen DAP hari ini mengemukakan satu usul tergempar untuk
membincangkan mengenai dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera yang
mendedahkan mengenai keadaan pelarian di Malaysia.
Berhujah bahawa kerajaan tidak memberi maklum balas mengenai dokumentari
bertajuk 'Malaysia's Unwanted' yang disiar empat hari lalu, MP
Segambut, Lim Lip Eng dan MP Serdang, Ong Kian Ming menggesa Speaker
Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu.
Lim mengemukakan usul itu kepada Pandikar pagi ini bawah peraturan mesyuarat 18(1).
"Mengenai isu dalam dokumentari ini, jika tidak ditangani dengan
sewajarnya, akan menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mempengerusikan
negara Asean," usul itu dibacakan.
No comments:
Post a Comment