Oleh Aspan Alias
Ucapan Muhyiddin dalam perasmian perhimpunan pemuda, wanita dan putri UMNO semalam telah menyentuh isu-isu penting yang agak hampir kepada masalah sebenar yang UMNO hadapi hari ini. Muhyiddin telah memaparkan isu yang benar iaitu cabaran-cabaran sebenar yang UMNO hadapi, dan ia memerlukan ‘fresh restart’ bagi parti itu untuk terus menjadi relevan untuk masa yang mendatang.
Cabaran yang dimaksudkan ialah cabaran dari kumpulan ‘liberalism’ yang
kini sedang menghantui UMNO dan tekanan ini tentulah datangnya dari
luar parti. Gulungan ini bercakap diatas nama ‘human rights’ dan
demokrasi terbuka dan bebas. Jika dahulu isu yang dihadapi oleh UMNO
ialah untuk mendapatkan imej siapa yang lebih Islam, UMNO atau
PAS, tetapi apa yang dihadapi UMNO kini bukannya lagi siapa yang lebih
Islam tetapi siapa yang lebih liberal.
‘Paradigm’ yang baru yang ingin ditonjolkan oleh Melayu liberal
sekarang ini merupakan elemen yang sangat besar yang membawa kepada
perpecahan UMNO dan juga PAS dan ini merupakan kemahuan dan kehendak
setengah pihak untuk berlaku kerana kepentingan bangsa dan agama
mereka.
Kumpulan Melayu liberal kini lebih liberal dan kesemua yang dilakukan
oleh pihak nationalis dan kumpulan yang memperjuangkan untuk mengekalkan
identiti Melayu itu sebagai bodoh, dan hanya mereka sahaja yang betul.
Bagi gulungan ini yang menggunakan individu-individu Melayu yang
kononnya professional dan liberal untuk menerjah segala apa yang
dilakukan oleh UMNO dan PAS itu sebagai kuno dan tidak relevan bagi
bangsa Melayu lagi.
Gulungan ini akan mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh pimpinan
Melayu Islam dan tidak ada lagi yang betul kepada pimpinan ini. Mereka
memandang rendah kepada bangsanya sendiri dan sanggup memberikan gelaran
yang buruk-buruk terhadap bangsanya sendiri. Mereka sudah merasakan
yang mereka sudah professional dan hebat. Mereka ini diperguna oleh
pihak tertentu secara tidak sedar dan mereka ini seolah-olah ‘lebih sudu
dari kuah’ semata-mata mereka mendapat pujian dari pihak yang
memberikan galakan untuk merencatkan bangsanya sendiri.
Tetapi bak kata setengah pihak yang bijak pandai, ‘there must be a
cause for a cause’. Semuanya ini diambil kesempatan oleh pihak yang
mengaku diri mereka sebagai Melayu liberal ini adalah oleh kelemahan
badan-badan politik dan pejuang Melayu itu sendiri khususnya UMNO yang
memerintah sekarang ini.
Apabila UMNO menunjukan kelemahan pimpinan dengan kekurangan daya
pemikiran yang membawa parti dan perjuangan sesat-barat tanpa hala tuju
yang selari dengan kehendak dan perjuangan parti politik Melayu itu,
UMNO menjadi ‘defensive’ dengan tekanan pihak Melayu liberal yang
mahukan Melayu itu mempunyai ‘identiti baru’ itu.
UMNO seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden malam tadi sedang
menghadapi cabaran-cabaran baru iaitu untuk mempertahankan ancaman baru
dari pihak yang memperjuangkan liberalism dan kebebasan demokrasi
seratus peratus, bebas sebebas haiwan dihutan. Malahan haiwan dihutan
itu sendiri tidak sebebas dengan apa yang dituntut oleh gulungan ini.
Kehilangan identiti merupakan permulaan kepada kehilangan satu-satu
bangsa di dunia ini, kerana satu-satu bangsa itu wujud dengan
identitinya sendiri. Jika hilang identiti itu maka tiada lagilah bangsa
itu.
Disini lah letaknya kesalahan UMNO yang pucuk pimpinannya sudah mula
mahu dan sanggup tunduk kepada pihak yang membuat tuntutan ini, sedang
pihak ini tidak pun mahu memberikan ‘recognition’ tentang apa yang sudah
diliberalisasikan oleh pihak yang menuntut itu. Pihak ini akan
menuntut dan menuntut sehingga segala-gala yang ada kepada kita lupus
segala-galanya.
Itulah sebabnya adalah mustahak dan penting seperti yang disebut oleh
Muhyiddin dan ramai pemimpin Melayu yang lain yang kita perlu memulakan
negara baru dan sesiapa yang membaca blog ini selalu mereka akan
membaca saranan blog ini tiada hentinya untuk giat memulakan politik
baru.
Kegentingan yang kita hadapi bukannya sedikit bahayanya, tetapi kita
juga tahu tiada siapa di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan
dalam Majlis Tertinggi UMNO itu tahu dan memahami apa yang sedang
berlaku dan bagaimana untuk mencari penyelesaiannya.
Pandangan saya telah dikecam hebat oleh banyak pihak tetapi sekarang
kita telah dibuktikan dengan keadaan itu sesungghuhnya mengancam bangsa
Melayu. Jika Melayu terancam ia akan mengancam negara kerana bangsa
Melayu itu merupakan bangsa yang terbesar penduduknya di negara ini.
Apa pun yang hendak dilakukan ia mesti dan perlu mendapat persetujuan
orang Melayu. Jika pihak melayu liberal ini berfikir yang mereka akan
berjaya untuk merosakan identiti dan perjuangan bangsanya yang asal itu,
mereka sesungguhnya bermimpi di siang hari.
Untuk memulakan perjuangan ini ia wajar dipimpin dan dilakukan oleh
manusia pemimpin yang berwibawa yang lain dari yang ada, kerana yang ada
ini adalah penyumbang kepada keadaan haru-biru perjuangan ini. Mereka
tidak dapat mengikis imej rasuah dan imej suntuk pemikiran ini kerana
untuk membina kembali masyarakat yang adil ia memerlukan dasar-dasar
yang digubal setelah meneliti segala aspek dengan baik.
Untuk melakukan ia memerlukan seorang pemimpin yang mampu memberikan
pemikiran dan berwibawa kerana jika ia diberikan kepada sesiapa yang
kurang dari ini perjuangan dan niat kita tidak akan tercapai.
Terutamanya Najib, pimpinan UMNO sekarang ini hanya petah bercakap dan
melakukan ‘action’ diatas pentas dengan baik sahaja. Lakonan dan
adegannya mudah difahami dan semua orang tahu jalan ceritanya dan
bagaimana cerita dan filem lakonannya itu akan berakhir.
Kalau mengikut contoh yang terdahulu perhimpunan agung ini hanya satu
pementasan ‘theater’ yang hebat. Selepas pementasan itu
pelakon-pelakonnya termasuk pelakon utamanya, Najib akan kembali dengan
kehidupan dan cara yang biasa baginya.
Jiwa dan sikapnya akan masih fakir dan akan melakukan apa yang beliau
selama ini lakukan berbeza dengan peranan dan adegan lakonan beliau
dipentas perhimpunan agung itu.
Kita ada Istana Budaya dijalan Tun Razak untuk menyaksikan pementasan teater seperti itu, tak perlu pentas yang lain. http://aspanaliasnet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment