TUMPAT - Polis mengingatkan petugas parti politik wanita yang berkempen rumah ke rumah perlu ditemani rakan lelaki untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan, Asisten Komisioner Dahlan Mohd Noor berkata, keselamatan diri perlu dijaga ketika sibuk berkempen rumah ke rumah kerana dikhuatiri berlaku insiden seperti diganggu penyokong parti lawan.
"Dalam kita berlumba-lumba untuk ke rumah orang berkempen ini, mungkin ada yang suka, mungkin ada yang tidak suka.
"Tentukan kedatangan kita untuk berkempen ini diterima baik," katanya pada sidang media di markas operasi Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment