Roketkini.com
PAGOH, : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
digesa segera menunjukkan kepimpinannya dan bersuara bagi menyelesaikan
masalah berikutan kenaikan tol Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) sejak
bulan lalu.
Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura sebelum ini
mengumumkan kenaikan tol di pihaknya pula, sebagai ‘jawapan’ kepada
kenaikan tol yang dilaksanakan Malaysia bermula 1 Ogos lalu.
“Tindakan saling menaikkan kadar tol antara kedua-dua
seakan-akan membina tembok di antara Selat Tebrau memisahkan dua jiran,”
ulas Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.
“Dengan keadaan kedua-dua pihak menaikkan kadar tol
sehingga 470 peratus, hampir mustahil bagi rakyat biasa di Malaysia
berulang-alik setiap hari melintasi tambak,” ujarnya dalam satu sidang
media sesudah program ‘Forum Kedai Kopi’, di sini.
Ahli Parlimen Kluang itu menjangkakan beberapa kesan terhadap ekonomi Johor ekoran perang kenaikan tol antara kedua-dua negara.
Menurutnya, Wilayah Pembangunan Iskandar yang bergantung kepada pelaburan dari Singapura akan menerima kesan paling buruk.
Di samping itu, ekonomi tempatan di daerah Selatan Johor
termasuk peniaga kecil, pelancongan dan sektor logistik di Johor Bahru
berkemungkinan menerima akibat buruk, dan memberi kesan tidak langsung
kepada ekonomi negara.
Pemandu kereta yang meninggalkan Singapura akan dikenakan
tol sebanyak S$3.80 (RM9.62) berbanding S$1.20 sebelum ini. Manakala
teksi dan bas masing-masing akan perlu membayar S$1.90 dan S$3.10
berbanding S$0.60 dan S$1.00 sebelum ini.
Bagi kenderaan yang memasuki Singapura, LTA mengenakan caj
sebanyak S$2.70 untuk kereta, S$4.00 untuk van dan kenderaan ringan,
S$5.30 bagi kenderaan berat, S$1.40 bagi teksi dan S$2.20 untuk bas. –
Roketkini.com
No comments:
Post a Comment