Monday, September 15, 2014

DAP cabar Idris bersuara dalam mesyuarat kabinet

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala kerana menentang penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap ahli akademik.

Idris juga dipuji kerana menjadi pihak tunggal dalam kabinet yang bersuara dalam isu itu.

Pada masa yang sama, Lim (kiri) juga menyelarnya kerana tidak menyatakan pendirian sama terhadap siri pendakwaan yang menyaksikan ramai ahli politik Pakatan Rakyat menjadi mangsanya.

Demi kepentingan negara, beliau meminta Idris menyatakan perkara sama dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.

Idris semalam menjadi menteri kabinet pertama yang menyatakan pendirian menentang pertuduhan ke atas pensyarah Universiti Malaya Azmi Sharom bawah Akta Hasutan.

Idris dalam tulisan di Twitter berkata, tuduhan ke atas Azmi itu tidak sepatutnya berlaku dan "kebebasan akademik diperlukan dalam mencari pengetahuan".

No comments: