MELAKA: Seorang wanita dicabul kehormatan di sebuah asrama, sehari
selepas seorang pelajar akhir tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM)
ditikam lima kali, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan
asrama-asrama wanita di negeri ini.
Zaini Mohd Razali, seorang pekerja hotel yang berasal dari Kelantan di
serang oleh seorang pemuda di bilik asramanya di Jalan Tun Perak tengah
hari Khamis lalu.
Remaja berusia 20 tahun itu berjaya melepaskan diri apabila pemuda berkenaan menggeledah bilik sebelah.
Kejadian itu berlaku kurang 24 jam selepas pelajar akhir tahun UiTM
Siti Irina Ridzwan di serang di bilik sewanya di Lendu, Alor Gajah.
Beliau di tikam di paru-paru oleh seorang pemuda bersenjatakan pisau.
Tindakan pantas polis membolehkan pemuda itu ditahan dengan tiga
rakannya di sebuah hotel bajet di Melaka Tengah keesokkan hari.
No comments:
Post a Comment