SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin
Abdullah mendakwa keengganan rakyat untuk Akta Hasutan dimansuh adalah
faktor kerajaan Persekutuan sehingga kini tidak melaksanakannya.
Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan persekutuan sehingga kini masih
mengkaji pelaksanaan dan keperluan akta tersebut dimansuhkan.
“Saya yakin Perdana Menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju.
"Tugas kita adalah tunjuk kepada Perdana Menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,” kata Saifuddin lagi.
“Ketika saya seorang Timbalan Menteri, nak pinda Seksyen 15 pun susah
kerana bos saya tak mahu, begitu juga yang lain-lain, tetapi akhirnya ia
dilakukan walaupun sedikit,” katanya ketika menyampaikan ucapan dii
majlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di ibu negara malam
tadi.
Pada masa sama beliau mengakui akta itu dilihat digunakan sebagai untuk
menakut-nakutkan rakyat serta menyekat kebebasan mereka untuk bersuara
dan tindakan menggesa akta itu dimansuhkan juga tiada kena mengena
dengan politik.
No comments:
Post a Comment